Welcome To My Awesome Blog


Thursday 4 August 2016

Pengalaman, Suka Duka Sebagai Guru Praktikal



Mana Cikgu??


   Assalammualaikum..HAI.. Entry kali nie aku bukan nak citer pasal travelling tapi nak ubah angin sikit. Jadi entry kali ni seperti tajuk di atas. Jadi dah ada suka kenapa mesti ada duka. Of course lah.. Ingat dalam dunia ini semua indah ke?? Pasti ada duka baru ada suka.. Cuma bagaimana kita mahu mengatasi duka kepada suka.

    Cerita ni aku buat sebab tengok post-post junior yang serabut and stress praktikal. Rilex sebab aku juga pernah ada pengalaman macam korang. Sampai aku rasa nak berhenti study sebab give up. Jadi pengalaman aku praktikal dgn semua orang tu berbezalah sebab lain sekolah. Mungkin korang boleh cari someone untuk tenangkan korang dan sentiasa beri semangat dan nasihat.
 
Approved letter

    Nampak kan APPROVED. Jadi, 1 Februari 2016 bermulalah 4 bulan cabaran dan perjuangan aku di medan perjuangan sebelum nak convo nie. Pagi tu pukul 6.30 pagi, aku seorang diri dah terpacak dan bersemangat pergi mendaftar ke Sekolah Sukan Negeri Melaka dengan pakaian lengkap berbaju kurung dan kasut hitam yang bertutup . Kelihatan waktu tu aku sebagai cikgu sukan yang ayu-ayu dan cantik. HAHAHA.. Oh ya, kenapa aku sorang diri sebab waktu intake aku nie, setiap sekolah cuma sorang je.. Ni lah waktu aku survive!! Sampai je kawasan sekolah terus sepi..Well hari 1 kena betul-betul berdisiplin nie. Dengan wajah tersenyum malu, aku bertanyakan lokasi pejabat kepada pengawal. Pastikan segala dokumen telah dicetak. Tips yang 1 adalah imej pada hari pertama mendaftar. Waktu ni aku rasa semua orang tengah memerhatikan aku nie dari atas sampai bawah..Rasa macam artis lah cuma tak de yang mintak signature..HAHAHA.. Orang kenal ke tak dengan aku, aku tetap tersenyum. Ada yang akan balas, ada yang buat tak tau je. Jadi hari pertama tu, aku senyum je mcm kerang busuk dan bermanis muka dengan kakitangan sekolah. Cara kau berjalan, dan perangai kau semua orang tengok. Guru akan bertanya lah kau guru ganti atau guru praktikal. Jadi korang jawablah dengan muka tersenyum dan jangan menyombong pulak. Dah lah baru pijak tanah orang. Perangai baik sikit eh. Seterusnya aku dibawa ke bilik guru oleh guru pembimbing aku iaitu Puan Zahriah( semacam ibu lah sepanjang praktikal). Sampai je bilik guru, dengan lemah lembut buka pintu then tengok semua pakai baju sukan. Rupanya petang tu ada aktiviti Merentas Desa. OMG!! NO! Tak kan aku turun padang dengan berbaju kurung. Lepas tu guru pembimbing ( GP) aku ajak turun padang tengok dia mengajar PJ. Aku sebagai guru baru dan baik akur dan turun lah walaupun budak-budak pandang pelik pakai baju kurung tengah padang nie.. Lepas je waktu sekolah, aku turun berdesup pecut motor pergi tukar baju untuk merentas desa. 
Hari 1 praktikal
    Sebelum terlupa, hari 1 juga kau akan  ada perhimpunan sekolah. Waktu tu ada 2 kemungkinan, sama ada pengetua yang memperkenalkan korang atau korang akan dapat mic dan disuruh bercakap sendiri. Kalau dapat pilihan kedua tu korang cuba bertenang. Seluruh sekolah memerhatikan perwatakan kau. Akan nampak kau nervous, takut. Jadi yakin diri, beri salam, kata aluan kepada pengerusi majlis, barisan pentadbir, guru-guru dan pelajar sekalian. Saya ( NAMA )  dari UPSI akan menjalankan tugas sebagai guru sains sukan dan pendidikan jasmani di sekolah ini.. SETTLE!

    Hari kedua aku dapat jadual mengajar. Waktu nie korang pasti akan 'COMPARE' berapa waktu korang mengajar dengan kawan lain dekat group whatsap. Aku dapat 12 dan itu adalah maksimum. Sedangkan kawan-kawan aku dapat 8 atau 10. Sebagai guru praktikal, sekali lagi kau harus tersenyum dan terpaksa terima apa yang telah diberi walaupun dalam hati macam nak menangis sebab banyak gila kot kena buat RPH. Kebiasaannya korang akan ambil semua kelas yang di ajar oleh guru pembimbing korang. And once again, i shocked!! Why!! kenapa 8 waktu aku harus mengajar sains sukan sedangkan aku lebih banyak prepare Pendidikan Jasmani dekat UPSI. Untuk 8 waktu aku harus menyediakan RPH sains sukan dengan gigih. Sekali lagi airmata mahal nie hampir menitik dekat sekolah. Sewaktu keluar daripada pejabat, terdengar suara seseorang 'ASSALAMMUALAIKUM CIKGU'.. WOW!! Rasa macam terharu sebab dulu aku yang panggil cikgu. Tapi sekarang aku yang dipanggil cikgu. And waktu tu lah kau akan tahu yang kau memiliki tugas yang besar untuk menyampaikan ilmu pada pelajar setelah pelajar menghormati kau dengan panggilan cikgu. Ingat, sekali je maklumat/ilmu yang  diberi salah, akan rosaklah generasi-generasi akan datang kalau kita tak betulkan.. Ceh, baik tak ayat aku.. Jadi sebelum aku memulakan kelas, aku akan make sure yang diri aku cukup pengetahuan pasal apa aku nak ajar. Jangan lupa prepare RPH sebelum mulakan kelas sebab itu guide korang tentang apa objektif yang ingin dicapai. Kadang-kadang korang akan dapat beberapa soalan yang kadang tak masuk akal pun untuk ditanya. Tapi sebagai guru, dah menjadi tugas dengan profesional menjawab semua pertanyaan pelajar.. Kalau nak selamat if korang tak tau sangat nak jawab ape, korang cakap 'saya bagi tugasan ni untuk korang cari jawapan. Next class saya dengar jawapan sorang-sorang'..HAHAHAHA. Itu taktik selamatkan diri daripada murid cakap "eley!!cikgu pun tak tau"..


    Aku tau betapa stressnya jadi guru praktikal. Mana taknya, aku sendiri amek masa dekat sebulan nak survive. Nasib baik ada Kakak aku iaitu kak Jasmi yang sentiasa mendengar aku menangis setiap hari.
orang yang paling mengetahui kisah duka praktikal aku

   Sebulan dia teman aku kat Melaka tu. Dah penat dia dengar aku mengeluh sana sini. Stress sangat tu aku faham. Pengalaman aku sendiri, orang lain RPH taip dan tampal je. Tapi aku berbeza, RPH yang 12 mukasurat tu aku kena tulis tangan, then aku kena taip lagi untuk diupload kat sistem MYGURU UPSI. Tambah aku sekolah sukan,petang aku kena hantar budak training. Nak buat dekat sekolah, sehari je kau boleh dapat 3 relief kelas. Kena prepare aktiviti lagi kat budak. Lepas tu aku kena sediakan soalan untuk exam. BILA AKU NAK BUAT RPH!! Sampai makan tak lalu, tak selera. Time nie pengurusan waktu kelam kabut and aku start rindukan universiti life. Cuba arrange kan waktu dengan betul. Aku sampai bawak laptop pergi padang. Tapi lepas sebulan, kau akan terbiasa nak uruskan waktu kau.. Tak payah lagi bawak laptop semua. Sebagai guru praktikal, sekolah akan mengarahkan korang untuk buat macam-macam kerja. Terima lah tanpa bantahan.. Itu semua pengalaman yang akan kuatkan mental satu hari nanti.
aktiviti setiap petang di sekolah sukan

     Untuk RPH, aku sentiasa merujuk orang yang berpengalaman tentang apa aku nak ajar hari ni. Sikap merendah diri itu satu senjata kejayaan. Sebab, aku sendiri tahu, ilmu aku masih kurang dan perlu bimbingan. Jangan nak memandai-mandai pulak. Macam aku cakap,nanti entah apa yang korang ajarkan pulak. Aku sentiasa menerima teguran untuk diperbaiki..

     Lepas tu, aku telah pun diarahkan untuk masuk ke kelas. Jadi ingat ye. Sikap korang yang pertama yang akan mendidik pelajar-pelajar korang. Bagaimana pelajar nak menghormati kita sebagai guru baru/guru praktikal..
Tugas pertama seorang guru apabila kali pertama masuk kelas ialah:
  • Jangan sesekali menonjolkan diri kita mudah dipermainkan oleh murid-murid.
  • Letakkan syarat-syarat dan peraturan sebaik sahaja kita masuk kedalam kelas. 
  • letakkan imej tegas didalam diri. (kekalkan prinsip tegas dan lembut)
   Jangan bagi layanan 100% baik seolah-olah korang terlalu baik. Sebab student nanti ingat korang senang dibuli/ tak kan dengar arahan korang. Kalau boleh 1st impression tu biar tegas tapi jangan sampai bermasam muka.. Ada 2 perbezaan sebagai seorang guru. Situasi 1 adalah pelajar takut dengan guru kerana sifat garang guru atau situasi kedua pelajar menghormati guru kerana sifat tegasnya dalam kelas. Mana yang lebih baik? Jadi tetapkan peraturan di dalam kelas seperti denda yang dipersetujui bersama kalau tak siap homework. Atau pelajar lewat ke kelas. Untuk pelajar menghormati guru, pastikan guru juga berdisiplin. Kalau tak nanti korang dengarlah ayat manis pelajar 'Alah cikgu pun sama je'. Tak ke malu.. Bila sudah lama mengajar barulah kita menunjukkan sikap sebenar kita namun sikap tegas terhadap disiplin sentiasa ada untuk mendidik murid-murid. Jangan sesekali ditinggalkan...
  • Cari minat dan cuba fahami setiap murid yang berada di dalam kelas. 
  • Kenal pasti murid yang bermasalah di dalam kelas.
Untuk 2 point nie sangat memberi pengalaman dekat aku. Aku dapat bayangkan lagi macam mana setiap hari aku menangis dengan tugas yang berlambak dan macam mana nak tarik minat pelajar. Pengalaman aku sendiri adalah aku cuba mendekati dan memahami jiwa pelajar yang bermasalah. Pilihan aku sendiri aku mendekati ketua kumpulan mereka sebab dia yang menggerakkan anak-anak buah dia.. Hahaha.. Pengalam aku sendiri waktu sekolah. Seterusnya aku cuba membantunya dan akhirnya aku berjaya mendekati diorang sehingga mereka rasa berminat nak belajar. Rasa excited sangat bila mengajar dan budak banyak tanya. Daripada mengajar tapi 'krik krik'.. 
 
Bayangkan ini berlaku


benda normal

    Setiap murid dalam kelas ada watak tersendiri.. Jadi kita guru harus kenal perwatakan mereka and cari jalan keluar. Ada yang suka tidur, suka makan, suka menyanyi, suka mengacau kawan lain. Jadi aku tak pernah melebihkan mana-mana pelajar. Aku bagi layanan sama rata tak kira dia pelajar pandai atau tak. Biasanya akhir pembelajaran aku buat kuiz. Hadiah dia coklat atau biskut. Pelajar-pelajar rasa suka dengan hadiah-hadiah macam tu. Pada akhir pembelajaran murid akan bangun dan cakap 'terima kasih cikgu'. Kalau dah rapat dengan pelajar, senang nak minta tolong apa-apa tau. Dua ciri-ciri pembelajaran yang berjaya adalah:
  • objektif pembelajaran tercapai
  • Kawalan kelas yang baik


Jadi untuk kau merasa selesa dekat sekolah adalah rapat dengan students. Sebab dengan mereka yang ramai dan menerima kehadiran kita akan menjadikan kita selesa untuk mengajar dekat situ. Lagipun nanti pensyarah nak observe diaorang pasti tolong tapi kalau diaorang pun tak suka kita, bersiap sedialah diorang tak nak bagi kerjasama.

   Yang ni penting. Kaedah pengajaran jangan tertumpu satu kaedah je iaitu berpusatkan guru. Dia mesti balance berpusatkan guru dan pelajar. Macam aku ajar sistem tenaga, aku buat kaedah lakonan. Kenapa?? sebab budak akan ingat benda yang pelik-pelik. Dan pembelajaran yang aku jalankan itu adalah di luar kelas. Kan tau pelajar cepat boring kalau belajar dalam kelas je sebab kita pun students kan.. Mesti tau. Siapa cakap sains sukan dalam kelas je. Seorang guru yang bagus harus kreatif mempelbagaikan cara untuk menarik minat pelajar nak belajar benda baru. Kalau tak percaya, cuba dalam 60minit tu, kau mengajar je. Asyik cakap je dalam 15 minit tengoklah mata pelajar dah layu nak tutup. HAHAHA.. Jadi kaedah pembelajaran abad ke 21 sebenarnya menarik dan cubalah gunakan. Ni contoh, korang boleh google sendiri dan ubahsuai. Dan jangan terlalu laju bercakap, sebab mesti diaorang buat muka blur je.. Relax!! Cuba selitkan lawak-lawak sikit.



contoh Pengajaran




    16 minggu aku menjalani latihan mengajar. Mulanya tak sabar nak habis, nanti last sekali korang tau lah sedih nak tinggalkan sekolah tu. Tambah pula pelajar dah sayang dan nak kita terus ajar mereka. Salah satu ayat mereka. 'Cikgu, ajarlah kitaorang sampai habis SPM'. Tapi apa boleh buat, kontrak dah habis. HAHAHAA...Dan jadikan sebagai pengalaman untuk aku lebih minat mengajar. 


     Siapa kata jadi cikgu senang?? Banyak cuti. Balik awal lah. Cuba dulu jadi cikgu sehari kat sekolah, tengok perangai diorang macam mana. Aku juga pernah jadi nakal dekat sekolah dan aku memahami perasaan cikgu aku waktu tu. Tanpa mereka, aku tak kan berada di mana aku berdiri sekarang. Ibu dan ayah kita juga adalah guru pertama kita sewaktu kecil. Alhamdulillah aku telah menamatkan latihan mengajar, untuk yang sedang praktikal dan akan praktikal, bertabahlah dan ikhlaskan diri. Jangan merasa terbeban. Ini adalah pengalaman aku dan banyak lagi yang tak dapat aku ceritakan. Good Luck!.. 

"GURU ADALAH PEMIMPIN DALAM PROSES PEMBELAJARAN"



   

 

8 comments:

  1. Best kan jadi cikguuuu... ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq so much because u support me when i'm feeling down. i hope u will never get tired

      Delete
    2. Dah berhabuk dah blog. meh update balik^^

      Delete
  2. Waaah, berkesan ya dek.
    So, makin semangat kan jadi pendidik? ;-)
    Welcome :*

    ReplyDelete
    Replies
    1. of course i will.. ini pun macam jadi guide untuk junior2 akan datang kan

      Delete
  3. Assalamualaikum sis. Boleh sis explain x prosedur nak apply internship dekat sekolah?

    ReplyDelete
  4. cabaran jadi guru...
    boleh kongsi??

    ReplyDelete
  5. aslm sis sy nk tnya , mcm mana nk jadi cikgu sains sukan?? now ni sy tgh belajar form6.

    ReplyDelete