Welcome To My Awesome Blog


Saturday 7 January 2017

Move and Explore Kingdom Of Cambodia




Hai.. Good morning, afternoon, evening, night uolss.. Fuhh berhabuk blog ni.. Kalau tak de trip memang blur nak tulis ape.. Sebenarnya banyak trip tapi waktu tu tengah trip menulis thesis.. Well, kali nie aku nak ceritakan trip permulaan bagi tahun 2017 nie sekalian bagi tips and share pengalaman sikit.. Tapi jangan risau, kalau dah susah sangat nak fikir, amek je pakej pelancongan.. Aku turut sediakan.. (PROMOTE) HAHAHA. Murah-murah.  Yang pasti entri kali nie aku menyediakan beberapa tips yang boleh korang jadikan panduan.

Dah tengok tajuk blog & tahulah destinasi yang aku pilih kali ni adalah ke kingdom of Cambodia. Macam biasa trip kali ni aku pergi berdua dengan partner aku. Kami sengaja ambil flight dari Kuala Lumpur ke phonm Penh sebab murah lah. Sebab ape lagi. Flying one way dapat RM99.  Kami fly pagi pukul 7.05 pagi so kami pun add on lah sarapan yang super duper sedap iaitu Nasi Dagang with Chicken Curry and Ashok Butter Masala Chicken Biryani. Lagipun malam tu kitaorang dah tido kat airport tu. Bangun pagi faham-faham lah mcm mana perut menyanyi minta makan. Oh ya, jangan lupa tukar duit. Cambodia menggunakan USD jadi jangan lah cari kat money changer duit Riel memang tak de.  Kalau nak riel Tukar je nanti dengan orang kat sana bila dah sampai. Tak perlu tukar banyak sebab mereka tak terima sangat pun. Kami tukar 2 USD ke Riel still ada lebih lagi.. :P


Tidur kat airport

Tudiaaa.. Duit USD 

Pukul 8 pagi kami sampai di phnom penh.. After discuss dengan partner aku, so kami setuju tak nak amek pakej jalan di area phonm penh sebab ape? Sebab tempat dia lebih kurang sama je dengan kami nak jalan ke Siem Reap nanti. Tanpa buang masa, kami ambil tuktuk dari airport ke kaunter bas. Di sini aku nk kongsikan, jangan tertipu dengan tuktuk. Bayangkan dia tengok kami dan terus minta 25USD satu tuktuk. Oh sorry lah, kami boleh cari lain. Last2 kami minta 5USD dia bagi.. Padahal kan boleh 2USD je… OMG.. 
Dalam Tuk Tuk
Aku minta ke Giant Ibis, tapi dia hantar aku ke agen tiket dia.. Silapnya korang dah sampai airport beli je simkad dia ada yang 5 or 6 USD untuk korang google jarak tempat, jangan jadi macam aku.. Last2 kami pergi ke sihanoukville dengan harga tambang bas 12USD. Orang lain dia jual 15USD atas alasan New Year.  Rupanya yang kitorang naik bas tu, harga dia 6-7 USD je.. Perghhhh berapa ramai kena tipu kat sana. Padahal harga 12USD tu boleh dapat sleeping bas. Tapi tak pe, kami cool lagi menikmati dan tetap meneruskan perjalanan. Smpai ¼ perjalanan, kami tiba-tiba disuruh ke depan duduk dekat kerusi kedai makan tu sebab seat kami tu ada orang punya di stesen lain. So what?? Orang tadi tu tipu kami ke ape.. Aku sempat je nak mengamuk kat situ tapi mujurlah aku tak nak rosakkan 1st day aku. 


Muka Happy dapat seat 1/4 perjalanan

Kerusi nie lah aku duduk 4 Jam.

Bandar phnom penh

Bukti dah sampai phnom Penh

Nie bas kami

Cari bas yang ada tulis VIP

Dalam perjalanan tu memang tak de makanan halal jadi aku just makan coklat dengan kuih karas dari Malaysia.. HAHAHA 6 jam perjalanan akhirnya kami sampai ke pantai sihanoukville. Kata partner aku, macam dah ada bau laut dari dalam bas nie.. HAHA


Kami cadang nak tidur 1 malam di sihanoukviille. So kami terus cari tiket bas untuk esoknya BUT yang ada cuma bas malam. Tak mungkin aku nak menyanyi lagu adele ‘Let it Burn’ untuk hotel yang aku dah booking di Siem Reap. Akhirnya kami decide untuk ambil bas malam tu jugak. Ada masa beberapa jam untuk kitaorang main-main di pantai. Lagipun sihanoukville tu kecil je pekan dia macam pekan koboi lah.. Harga bas 16USD ke siem reap selama 12 jam.

Nie harga Bas 

 Deal harga dengan tuktuk dia mintak 25 lah, 20USD lah. Last2 dapat 15USD ke pantai yang cuma tak sampai 10 minit. Sedangkan dia kata 30minit jarak. Nie lagi sekali aku panas.. Padahal Cuma 5USD je sebab dekat giler. Silap kami sampai di airport tak beli simkad dulu and then tak dapat calculate jarak tu.. Nasib baik ada partner aku yang selalu sejuk hati tenangkan aku jangan marah.. Ya sudahlah kami pergi bersiap untuk ke pantai dan ternyata Wow!! Wow sebab ramai gila orang dan rupanya banyak sangat kedai makan. Dan sayang sekali tiada yang halal. Padahal lobster sebesar tapak tangan tu harganya 3.5USD.. Tapi aku kan ragu, so kalau ragu jangan mengada nak makan. Kami just makan nasi putih dengan serunding ikan sikit yang kami bawa.

Unlimited internet 6USD

Rilex dan memang benda merah biru nie jadi tumpuan orang.

Terlampau ramai orang

We arrive here!!

Malam tu kami bertolak ke Siem Reap naik bas hotel. Selesa ada selimut bantal sampai aku tidur tak sedar-sedar. Tau2 aku dengar pukul 5 pagi orang dah cakap “Welcome to SIEM REAP, this is your last Destination”.

Dalam Bas
Bas Hotel namanya.


















So Tips di Phnom Penh dan sihanoukville:
  • Tukar duit USD. Duit riel Cuma tukar dalam 2 atau 3usd dah cukup.
  •  Jangan tertipu dengan harga tuktuk. Buat macam korang dah biasa ke sana. Minta harga paling rendah yang korang rasa sesuai. Biasanya oneday tour minta 15USD.
  • Beli Simkad di airport dalam 5 or 6 Usd supaya senang.
  • Bawa makanan kering mcm sambal bilis, serunding kerana kalau di sihanoukville memang tiada makanan halal.
  • Bawa snack makanan untuk dimakan dalam bas sebab bila travel memang lapar.
  • Pakai agen bas yang boleh dipercayai dan jangan tertipu dengan ulat tiket. Contohnya bas Giant Ibis transportation, Virak Bun Tham memang bagus.
  • Jangan lupa bawa mask sebab memang berhabuk.
  •  Tempat-tempat menarik di Phonm penh seperti National Museum, Cheung Ek Killing Field ($5), Toul Sleng Genocide Museum ($2), Central Market, Royal Palace, night market.
  • Restoran Halal di phnom Penh seperti Restoran The Gulai, wajib try air tebu
  • Aktifkan kad ATM antarabangsa.
  • Pantai di Sihanoukville yang famous seperti pantai serendipity, pantai victory dan pantai otres.


.  
SIEM REAP ADVENTURE DAY 1

Akhirnya sampailah ke destinasi utama kami di Siem Reap pukul 5 pagi dan dijemput Tuktuk yang dah kami booking iaitu tuktuk abang Salim. Kami tumpang mandi di hotel. Hotel kitaorang pilih nie dekat sangat dengan pusat bandar, night market dan pub street. Jalan kaki 3 minit je and Kami booking melalui agoda iaitu seorang RM32 untuk 2 malam.. Murah kan.. Namanya Sok San Hostel.. Lengkap dengan aircond dan bilik mandi dalam bilik. Hostel yang best bagi aku lah.. Hotel nie ada free transfer airport, nak booking bas, money changer kat depan. Lengkap
Bersih dan ada aircond dan bilik air di dalam

Kitaorang terus breakfast sebab dah seharian tak makan nasi. Abang Salim nie dia ada restoran adik beradik dia Namanya The Siem Reap Backpackers Restaurant and Bakery. Halal of course. Harganya lebih murah dari kedai lain and yang pastinya sedap.. Ye memang sedap.. Sebab dah makan sampai lupa amek gambar. Dah lapar.. HAHAAH. Korang wajib cuba Lembu naik bukit kalau dah datang Cambodia nie.. Famous kot.. Kedai nie cuma 6 USD je berbanding kedai lain ada yang 12 USD. 


Lembu Naik Bukit



Lepas je makan, First kami ke ‘Seunteurs d’angkor’. Masuk sini free je ada ada orang yang akan explainkan secara peribadi hasil2 kraftangan yang dibuat daripada pokok kelapa kat sini.. Nanti jadi lilin, sabun and macam2 lagi. And Finally kami tak beli pun.. HAHA.. Just amek gambar je. Hajat nak beli tu ada okey, tapi harga yang tak bagi beli. So kita ber ‘huhuhu’je...

Free je kalau nak cuba

staff yang akan bawa pusing tempat nie (FREE)



free drink Coffea Kalau nak


Next kami ke ‘Tonle Sape Lake’. Yang nie kena bayar lah sebab dah naik boat. Naik boat macam pergi Sungai Mekong Vietnam. Kat sini kita boleh tengok masih ada lagi masyarakat yang hidup susah dan memerlukan bantuan. Terdiam sekejap sebab kasihan.  Sampai je kt hujung, dia suruh turun boat tengok buaya dan itik. Nak buat ape dengan itik? Korang beli itik tu 200USD untuk bagi buaya makan. Hahaha.. Sebab aku takut buaya tu mengamuk, aku terus g atas ambil gambar. Aku rasa nie sungai penghubung dengan sungai Mekong Vietnam lah.. Entahlah.. Tipsnya kalau nak tengok sunset, pergi lah petang-petang sikit. Nak sewa personal boat pun boleh.. Nak lagi romantik dinner atas kapal dia sambil tengok sunset. Semua boleh buat kat sini asalkan duit banyak.

Banyak lagi Buaya kat bawah kaki aku berdiri amek gambar nie



 Destinasi ke 3 kami ke ‘Cultural Village’. Nie memang best.. Dekat sini kau tengok lah budaya orang. Diaorg lakonkan melalui persembahan. Bahasa memang tak faham but acting kita boleh faham. Banyak sangat show & tak rugi pun msuk sini walaupun berbayar. Kami masuk start kol 2 and keluar pukul 8 malam. Kalau weekend je sampai 8 malam show sebab dia ada ‘Big Show theater’.. Kalau pergi hari biasa sampai pukul 5 je.


Pintu masuk Cultural Village








SIEM REAP ADVENTURE DAY 2


Pukul 5 pagi kitaorang dah bertolak dari hotel ke Angkor Wat sebab nak kejar Sunrise. Tiket dia kena amek gambar dulu. Dia ada 1 day pass (20usd) or 3 days pas (60usd). Korang boleh repeat kalau tak puas. Aku amek one day je. Dalam kawasan Angkor wat nie ada banyak lagi temple lain contohnya Angkor Thom, Bayon Temple, Ta Keo Temple and ada Victory gate.  Yang penting pusing je semua temple tu. Dari pagi sampai petang.  Oh ya, waktu beli tiket korang kena ambil gambar tau. Macam nie.. Tiba2 muka aku jadi gemuk.


Kami pakai tuktuk abang salim untuk dihantar ke mana-mana. Dan yang penting dia ikot gak untuk tolong amek gambar kami.. Yang paling penting tau tak cerita tomb Rider yang Angelina Jolie berlakon tu di Ta prohm lah. Situ lah wajib pergi and pergi lah keliling temple tu sebab memang betul unik, cantik dan best kalau bergambar.









Selesai ke sana, abang salim bawa kami ke killing Field..Tempat nie x besar macam killing field di phnom penh tapi okey lah. Tempat nie merupakan tempat pembantaian manusia terbesar di Cambodia. Kena bunuh. Boleh baca google untuk sejarahnye sebab saya bukan cikgu sejarah.. HAHA.. Tapi tengkorak tu memang betul-betul. Tengkorak dok tengok aku tu.


Petangnya, kami tour city je ke hard rock CafĂ© dan abg salim hantar kitaorang beli souvenior. Kalau nak murah beli di depan old market. Kat situ ada jambatan.. Ha kat kedai situ jauh lebih murah.  



Last skali abg salim bawa kami ke Royal Palace. Dan akhirnya itu destinasi terakhir kami dengan Abg Salim. So malamnya kami berjalan sendiri di night market dan pub street sebab esoknya nak balik. Terima Kasih abg salim sebab tolong beli tiket bas, sediakan sarapan, dan bagi goreng pisang untuk minum petang secara percuma. Kalau korang berminat dengan servis abang salim korang boleh hubungi dia di whatsap +85598571840 atau search di FB Sa Lim. Saya sangat recommend dan banyak keistimewaannya.. Dia menjalankan perniagaan nie bersama adik beradik dia.

Dengan abg salim tuk tuk

Royal Palace


Nie area pub street



Night Market Siem Reap




Esoknya kami mengucapkan “BYE” dengan Cambodia kerana memberikan satu kenangan dan travelling baru kat sini. I will coming back again untuk bawa trip ke Cambodia. So kami pulang melalui jalan darat.. Pakai bas lah ke Thailand berharga 15USD dan mengambil train dari Bangkok- Hatyai. So tamatlah percutian nie.


Train hatyai-bangkok boleh jadikan katil (selesa)


Tips ke SIEM REAP.

1.      Bawa tisu Basah dan penutup mulut.
2.    Tempat menarik di Siem Reap mesti pergi Angkor Wat Complex (seharian dari pagi sampai petang), Cultural Village (2pm-8pm), Tasik Tonle Sap ( pergi petang untuk tengok sunset) , Night Market, Pub Stret. Naik gajag (20$).
3.      Wajib cuba jus di sana (1$) dan aiskrim goreng (2.5$)



4.   Cuba lembu naik bukit dan amok ikan kari. Makanan di sana kalau 1 portion untuk 2 or 3 orang makan.
5.   Jangan terima kalau ada yang pulangkan duit 2usd.. Tu tipu.. mereka kena pulang 1$, 5, 10 begitulah. Jangan terima kalau duit berconteng atau koyak sikit pun tak boleh.
5.      Minta kurang kalau nak beli souvenior. Baju boleh dapat 1$.
6.      Booking hotel awal sebab selalunya area pub street and night market Full.
7.   Kalau nak buat massage cari di area night market lebih murah.
8.   Amek hostel pun dah okey sebab pergi pagi balik malam. Berpeluang juga kenal dengan kawan baru dari China, German dan lain-lain lagi.
9.  Booking tuktuk dalam 15USD je sehari and free nak pergi ke mana-mana. Lebih dari ni dah kira mahal.
10. Kalau dari siem reap ke bangkok ada van, bas direct dan bas kena tukar di cambodia. Lebih baik ambil direct bas.
11.  Kalau tak nak beratur panjang di imigrisen, silakan pilih laluan flight sebab di border thailand beratur hampir 2 jam.




Itu sahaja dari aku. Selamat tinggal Cambodia.. Ada masa kita jumpa lagi. Semoga perkongsian ini bermanfaat. Silakan tinggalkan komen anda di ruang yang disediakan.