Welcome To My Awesome Blog


Thursday 21 July 2016

Pattani Serambi Mekkah di Thailand

       

    Hai all my readers. Nie first entry aku. Ha tengok tajuk entry macam bagus je kan. Ye lah, kalau di Indonesia Serambi Mekkahnya adalah Aceh, kat Thailand Serambi Mekkah nya adalah Pattani. Waktu travel ke Pattani nie waktu orang tengah sakan beraya. Lah jadi kenapa aku ada kat sini??? Haa sebab aku kan teman kakak aku yang dah kerja thai nie. Jadi aku duduk dekat thai sebulan. Kakak aku cuti kerja 5 hari sebab perayaan apa entah dekat thai ni.. Di sebabkan bosan duduk di Phattalung, kami decide untuk jalan-jalan dengan bajet yang seadanya and tempat ramai orang islam for FOOD!!

     Penduduk di Pattani hampir 85% orang islam. Beza dengan dkt Phattalung nie yang cuma 25% orang islam itupun students universiti je. Dapat bayangkan susah tak kami cari makan halal dekat phattalung. Dekat Pattani ni bahasa percakapannya lebih kepada bahasa melayu loghat Kelantan. Jom ikuti pengembaraan kami bercuti selama 3 hari 2 malam di Pattani.

Day 1 

     Di Thailand ni, nak pergi mana-mana kena guna bus atau van. Kira ala-ala private van lah sebab dia bawak kemain laju berdesup ke depan tu. "kalah Ferrari weyyyy". Lepas makan tengahari dan solat zohor, si van datang pickup dan terus hantar kitorang pergi ke stesyen van di Hat Yai.  Perjalanan dari Phattalung ke Hatyai tak yah lah citer kan. Tak do apo pun.Cuma hutan kiri kanan. So perjalanan selama 2 jam aku memilih untuk tidoooooo...(zzzzzzz). Harga van dari Phattalung ke HatYai adalah 100 baht sorang. Dari HatYai kitorang dikutip lagi oleh si van untuk ke Pattani. Harga Van pun sama 100 baht seorang. 
Van di stesen van HatYai




Kaunter tiket area situ je. Lepas beli tiket, tunggu dekat sini.
    Perjalanan selama 1 jam 30 minit aku tak pilih tido tapi aku pilih bukak mata untuk dinikmati sebab ada pantai sewaktu perjalanan. Bila nampak pantai je, aku yang  bukan rumah di kawasan pantai ni rasa macam nak jerit dalam van dan cakap STOP ME HERE, BECAUSE I WANT TO SWIM. Rasa nak terus terjun je keluar van pergi pantai. Kami sampai di Pattani pada pukul 6.30 petang and pak cik van ni DROP kami depan pasar malam. Apa lagi, perut dah menjerit mintak mintak makan, kami pun terus cari makeeee lah..
Selfie sekali dalam van (abaikan orang yang tengah zzzzzzz)
You see BEACH ???

    Aku yang memang cari nasi, dan tetiba si kakak cakap ada bakso. IMPOSSIBLE  dekat thai nie ada bakso, nasi ayam penyet la, gado-gado lah. Hahaha...Akak aku yang satu nie ada-ada je. Tapi tak pe,sebab malas fikir aku pun tibai lah makan bakso thai nie dengan air tebu. Nasib lah kat Pattani nie senang nak cakap bahasa melayu tapi macam cakap kelate lah. Kira okey lah dari cakap thai. Kalau cakap english nanti, kau cakap YES dia ingat NO. Kau cakap 1 dia ingt 2. Kau cakap mee, dia bagi ketam. Jadi pastikan ada internet untuk google translate. Harga sim dalam 50baht je.
acah-acah bakso + air tebu ( bakso 45 baht, air tebu 20 baht)
    Seterusnya kami Check IN. Banyak hotel kat Pattani nie. Nak dari 1-10 bintang pun ado. Silakan ke google, BOOKING.COM ataupun AGODA, Traveloka ke untuk tengok harga. Penginapan kami  FREE ditaja oleh adik angkat aku yang tinggal dekat Pattani nie. Taaaaraaaaa.... Welcome to Asmah's House. HAHAHAHA.. Kan best ramai kawan.
sebenarnya nie gambar hari esok (HAHA)
 Selepas solat maghrib, rasa memberontak nak makan tu masih ada. Dasar perut tong drum nie. Keje nak makan je. Last-last kami keluar balik naik moto pergi pasar tadi. Si adik sabar je melayan tetamu dia nie. NAIK MOTOR 3 ORANG OK.. ape ada hal. Aku yang bawak.. Sepanjang perjalanan nak pergi pasar tu, beberapa kali lalu dekat tempat pemeriksaan askar  tu. Kalau lelaki dia akan tahan dan check. Takut-takut bawak BOM.. 3 daerah di Thailand yang isu panas dan masih dalam pemerhatian ketat di YALA, NARATHIWAT DAN PATTANI yang memiliki perbezaan besar sosial budaya jika nak dibandingkan dengan wilayah Thailand yang lain. Mana tak lainnya,wilayah Thai yang lain majoriti beragama buddha, wilayah Thailand Selatan majoriti penduduknya melayu yang memeluk islam.  Sebelum balik kitaorang lalu jap depan bulatan menara jam pattani nie. Jadi inilah destinasi yang pertama.
Jangan mengada nak dok tengah jalan tu bergambar, nak kena langgar?

Lebih kurang macam nie lah, askar akan tahan dan check motor (sumber gambar :google)


Day 2

       Sampai di thai nie, korang sewa lah motor ke, kereta ke. Nak senang amek package je dekat Hatyai tu berlambak-lambak. So program kitaorg hari ni adalah ke BEACH. Pukul 10.30 pagi kami naik motor bertiga ke pantai. Dalam perjalanan ke sana, kami singgah ke tempat wisata yang kedua iaitu Masjid Kru-se. 
Kru Se Mosque (Unik tak)
    Aku cerita lah sikit tentang sejarah masjid nie walaupun sejarah aku waktu exam tak dapat A++++++++.. Waktu aku first tengok, fuhhhh unik gak masjid nie. Suatu masa dahulu ada 2 beradik daripada China datang ke wilayah selatan thailand dan si abang memeluk islam. Adiknya tidak mahu memeluk islam dan masih beragama buddha. Then abg dia ni bina lah masjid tersebut tetapi adiknya mengajak pulang ke China. Si abg menolak dan si adik ugut untuk menggantung dirinya. Sebelum bunuh diri, si adik bersumpah masjid ini tidak akan siap dibina. Bersebelahan masjid ni ada tokong buddha yang cuma dipisahkan oleh tembok (macam benteng lah). Masjid nie masjid pertama kerajaan Pattani. Projek membina masjid ini diteruskan tetapi proses pembinaan terhenti kerana orang yang membina masjid itu meninggal dunia. Sewaktu masjid itu hampir siap dibina, tiba-tiba runtuh semula. Rupa-rupanya, masjid nie lah yang berlaku pengeboman beramai-ramai suatu masa dahulu. Peristiwa berdarah terjadi sewaktu masyarakat baru selesai solat dan dengan tiba-tiba dikepung oleh tentera siam. Jemaah yang ada dalam masjid tidak dibenarkan keluar sehingga tembakan dimulai bukan sahaja dari tentera tetapi bom yang dijatuhkan dari helikopter ke dalam kubah masjid yang mengorbankan hampir 108 nyawa (tak pasti lah jumlah). Tragedi ini pasti menjadi kenangan yang pahit yang tak akan hilang di hati rakyat pattani. So inilah sedikit gambar-gambar sepanjang  aku di Kru Se Mosque.
Mesjid yang dibangun daripada batu bata merah dicampur dengan pecahan kerang, putih telur, dan tepung beras merah . Design masjid ini  mengikuti architecture unik dari arab pada masa pemerintahan Sultan Muzaffar Shah.

Luar bangunan yang masih belum sempat disiapkan kerana perang
Bahagian dalam ruang solat
Harus selalu tersenyum
Aku dan kakak yang asyik SELFIE

     Dah habis dah citer pasal tu. Seterusnya kami meneruskan tujuan utama perjalanan hari ini iaitu ke pantai (cheq lupa nama beach tu apa). Tak silap namanya Taloasamilae Beach (teluk 9). Google lah betul ke tak. Tapi nie pantai yang cantik dekat pattani ni. Tapi kitaorg berhenti rehat dulu sementara tunggu kawan asmah datang. Jeng jeng jeng!!! Aku nampak orang jual mkanan dan apalagi, aku dengan kakak pergi lah borong macam-macam.

Tumpang gambar ye acik.

Aku sibuk memilih macam nak beli semua

HILANG DAHAGA GUE!! 20 baht
     Sewaktu kami sampai ke pantai, jam menunjukkan pukul 12 tengahari. Ya Allah, kulitku yang sememang dah gelap nie tak kan terbakar hitam lagi. Kami duduk bawah pokok. Disebabkan hati memberontak untuk nak gi ambil gambar untuk di Upload ke Instagram (giler glemer), aku pergi lah berjemur di bawah matahari untuk snap 50 kepinng gambar sampai aku puas hati. Because i love beach, gue tak takut hitam. Kak jasmi yang sememangnya bersabar dengan perangai aku terpaksa lah bertahan bawah matahari jugak untuk ambil ambil gambar model yang tengah pozing nie. Makasih Akk :P  Ni lah gambar-gambar dekat pantai tu.. Cantik kan kan.
Inilah pantai dia bersih macam pantai Cherating atau Pantai cenang, Langkawi

Proses Membakar Lemak
Adik-adik Pattani yang baik Hati
Kami wajib selfie

17/7/2016, Pattani ( aku udah, kamu kapan ke sini)

kami dan pantai itu sama (sama-sama cantik HAHAHA)

    Dah puas bergambar, kami pun makanlah. Perut pun tau penat juga nak makan. Makan dan kemudian solat zohor, berehat sebentar sementara nak tunggu tak panas untuk kami mandi manda petang nie. 


Makan lagi.
    Dah agak redup, kitaorg pun pergi lah jadi badak berendam jugak. Aku 'terjoin' jugak walaupun baru sedar aku x bawak baju ganti. Niat awal dtg sini cuma untuk bergambar tapi tak boleh tahan mehhhh...

nueng, song, song, sam, CLICK!!!
Ladies and Gentleman, THIS IS PATTANI BEACH.
Then tengok orang main lompat sana sini, tunggang terbalik, terkinja-kinja, jerit sana sini naik banana boat tu. Tak boleh jadi nie, kitaorang nak gak.  Harga untuk banana boat nie 250 baht. Bahagi 5, so sorang 50 baht. Ada kayak, ada jetski. Kitaorg amek lah banana nie sebab nak gak jerit-jerit.

Bye Bye
Padan muko dah teminum air laut!





     Dah penat semua, kitaorg pun balik ke rumah masing-masing untuk persiapkan diri solat dan makan malam. Dalam perjalanan nak balik je baju aku dah separuh kering. Nampak tak jauhnya aku dah bawak moto. Lepas je solat maghrib kitaorg pun keluar lagi untuk dinner. Kak Jasmi teringin sangat makan seafood, aku nie tak habis habis nak tomyam. Last-last aku mengalah lah ikut pilihan kedai yang dia teringin nie. INI DIA CHILI SHRIMP.



Menu dia dalam bahasa Thai.Tidak faham( Mai Khob JAI!! )
 
 Order lah ikut anak panah tu kalau tak faham


Harga udang galah amek paling pedas perisa BBQ
 (190 baht =10 ekor)

Aku ingatkan air biru tu tuang dalam baldi tu, rupanya hiasan semata.. (50 baht..ceh)
 
Muka lapar tapi nasi kecik.. ish


Air gelas besar

     Dah siap makan,kami pun minta bill, Thao Arai  (Berapa harga). Pelayan tu pergi amek bil dan jawab
som roi chet ( 307 baht).. Nasi 1 harganya 15 baht, udang 190, air kitaorg order 2 je. Air aku 50 baht, kak jasmi 30 baht..Tapi kami masih belum kenyang dan lapar dan kami pun ke pasar malam membeli jagung lagi. Dah kenyang, balik rumah terus tido..


Day 3 

    Hari terakhir kat Pattani, sebelum ke tempat jalan-jalan, macam biasa makan dulu tapi tour guide kami bawak makan dalam mall sebab cuaca panas perlukan aircond.. Hahaha..

 Nak makan kena pakai card nie. (macam dekat TBS)
 nasi bujang 45 baht
 Bihoon Tomyam (50 baht)



 Tidak lupa engkau jagung manis warna kuning (20baht)

    Habis makan aku pun google jugak tempat-tempat yang wajib dilawati. Dan suggestion en google suruh aku datang ke Masjid Sentral Pattani. Mengikut sumber yang dipercayai, dikatakan sebagai masjid tercantik dan terbesar di Thailand (macam Masjid Putrajaya). Sepanjang aku temankan akk di Phattalung, tak pernah dengar suara azan sekalipun. Kali ini, dengar seperti rasa terharuu sangat. Senibina masjid nie ada persamaan dengan Taj Mahal di India. Dengan kubah besar di tengah-tengah, terdapat empat sekitar yang kecil dengan dua menara.

                                Masjid yang terindah di Thailand
                                                                             

    Selesai di sini, kitaorang terus ke klinik untuk kakak aku nie berubat resdung. Tapi resdung kat thai nie tak sama dengan cara malaysia. Dia suruh hirup je..

Hirup lah kak perisa grape tu.

Sebelum balik jangan lupa singgah lagi pasar malam untuk beli makan sebanyak-banyaknyaaa.... TARAAAA..








Makanan ape aku tak tau.. Aku main cuba je semuanya. Yang penting halal je. So, jari jemari i udah capek dong mau ketik keyboard nie. And petang tu kitaorang balik semula ke Phattalung dan tamatlah kembara di bumi Pattani selama 3 hari 2 malam. NANTIKAN NEXT ENTRY  TIPS KE BANYUWANGI. Nak tau ada apa di Banyuwangi teruskan membaca dan semoga bermanfaat. Assalammualaikum...

p/s : Sila kan untuk tinggalkan komen.





7 comments:

  1. Tak sabar nak baca next entry.. Rasa nak ke pattani lagi nak hunting makanan banyak2.. Hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. next entry pasti lebih banyak tips yang kita bagi..semoga ia terus membantu pembaca yang nak holiday

      Delete
  2. Tomyam di sana pasti lebih tasty...
    *dah ngiler nih ngebayanginnya sambill ngetik.

    ah, Faarah bisa aja.
    Keep writing ya!
    Biar akak berasa ikut jalan-jalan kalian hihihii

    ReplyDelete
    Replies
    1. makasih banyak kak sebab support.. first writting is very hard. But i try.. still new here.. give me guide ya.. oh btw, later i will tell u about travelling to malaysia. So that, u can plan your holiday here with your husband. :)

      Delete
  3. Dekat pattani..ada tuk tuk senang nk cari ke ? Selamat ke kat Pattani sbb saya bercadang nk ke sana. TQ

    ReplyDelete
  4. Salam...cik, di Pattani ada tak untuk sewa motor?

    ReplyDelete
  5. PlayCasino.com Casino in Henderson - MapYRO
    Experience 보령 출장마사지 the 상주 출장마사지 best gaming, poker, slots and table games from Las Vegas! Get deals, 영주 출장마사지 start earning points today!‎Restaurants · ‎Casino · ‎Casino · ‎Casino Near Me · 창원 출장안마 ‎Las 거제 출장마사지 Vegas

    ReplyDelete